Fungsi Uridina trifosfat

Metabolisme

UTP mempunyai peranan sebagai sumber tenaga atau pengaktif substrat dalam tindak balas metabolisme seperti ATP, tetapi bersifat lebih spesifik. Apabila UTP mengaktifkan substrat (seperti glukosa 1-fosfat), UDP-glukosa terbentuk, dan fosfat bukan organik dibebaskan.[5] UDP-glukosa memasuki sintesis glikogen. UTP digunakan dalam metabolisme galaktosa, di mana bentuk UDP-galaktosa yang diaktifkan ditukarkan kepada UDP-glukosa. UDP-glukuronat digunakan untuk menggabungkan bilirubin kepada bilirubin diglukuronida yang lebih larut dalam air. UTP juga digunakan untuk mengaktifkan gula amino seperti glukosamina 1-fosfat menjadi UDP-glukosamina, dan N-asetil-glukosamina 1-fosfat menjadi UDP-N-asetilglukosamina.[6]

Perantaraan reseptor

UTP juga mempunyai peranan dalam pengantaraan tindak balas dengan mengikat di luar sel kepada reseptor P2Y sel. UTP dan terbitannya masih disiasat bagi kegunaannya dalam perubatan manusia. Walau bagaimanapun, terdapat bukti daripada pelbagai sistem model yang mencadangkan bahawa ia mempunyai aplikasi dalam pertahanan patogen dan pembaikan kecederaan. Pada tikus, UTP didapati berinteraksi dengan reseptor P2Y4 untuk mengantara peningkatan pengeluaran antibodi.[7] Dalam sel Schwannoma, UTP mengikuat reseptor P2YP ketika kerosakan, membawa kepada aliran pengisyaratan hiliran yang menerbitkan pembaikian kecederaan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Uridina trifosfat https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/... https://doi.org/10.1016%2Fj.micinf.2013.11.012 https://doi.org/10.1371%2Fjournal.pone.0098998 https://www.worldcat.org/issn/1286-4579 https://www.worldcat.org/issn/1932-6203 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24309427 https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/24905332 https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC40482... http://www.commonchemistry.org/ChemicalDetail.aspx... https://www.ebi.ac.uk/chembldb/index.php/compound/...